Monday, August 31, 2009

Merdeka kah saya?

Monday, August 31, 2009

Saya tidak pergi ke klcc atau dataran merdeka malam 31ogos.
Merdeka kah saya?

Saya tidak pergi ke masjid untuk solat hajat dan bacaan yassin.
Merdeka kah saya?

Saya tidak melaungkan 'Merdeka' walaupun sekali.
Merdeka kah saya?

Saya tidak mengibarkan Jalur Gemilang di kereta mahupun di rumah.
Merdeka kah saya?

Saya tidak lagi menyanyikan lagu Negaraku di awal pagi sesi pembelajaran.
Merdeka kah saya?

Tapi ada satu perkara yang saya pasti,
Walaupun berada di negara yang jauh lebih maju dari Malaysia, saya tidak pernah rasa nikmat bahagia seperti bahagia yang saya rasa ketika berada di negara saya, Malaysia.

Malaysia rumah saya, tempat hati saya kenal erti cinta.

---rindu---

5 comments:

EJAY said...

Malaysia truly Asian...
and Shaf truly Malaysian...
huhu

Salam perpaduan. Happy MERDEKA day!

love & regards,
ejay

RAWNA said...

selamat hari merdeka
kita tetap malaysia walau dimana kita berada
;)

shafarshahril said...

ye betol tu
kita anak Malaysia

Anonymous said...

I ♥ Malaysia

shafarshahril said...

i love Her too