Sunday, November 29, 2009

the final countdown

Akhirnya, cuti selama seminggu telah dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Esok bermulalah siri gambate kudasai selama 3 minggu berturut-turut. Selepas itu, duit bakal dihabiskan di pantai Miami, Universal Studio, DisneyWorld dan di mana jua tapak kaki menapak. Mengharapkan 3 minggu depan seperti 3 hari dan 3 minggu yang berikutnya seperti 3 bulan sekurang-kurangnya. 

Kepada semua geng bas sekolah, selamat menduduki peperiksaan akhir semester, walaupun sekarang dah mula sejuk, jgn lupa mandi sekurang-kurangnya 3hari sekali. (terma dan syarat tidak tertakluk kepada tuan empunya blog). Kepada rakan-rakan di tanahair, selamat bercuti kepada yg masih bersekolah, dan selamat mendapat bonus kepada yg sudah bekerja. Kepada yg tidak mendapat bonus, cari kerja lain ok.


 Aktiviti 1: Ice skating sambil buat muka selenge


Aktiviti 2: Bowling hampir 5jam dgn menggunakan identiti palsu

4 comments:

Unknown said...

hahaha
ini ker cara menikmati cuti thanksgiving dan krismas...


hahaha

shafarshahril said...

@tengku_fir21

cuti krismas lain caranya..extravagant nye aktiviti

victoire said...

identiti palsu sume xleyh blah. hahaha

shafarshahril said...

haha. biasela, sume dah gile kebosanan