Monday, January 18, 2010

Monolog

Bila kita tahu akan hakikat yang kita hanya mampu mendengar segala masalah dan kita seolah-olah lumpuh tanpa sebarang kudrat untuk mencari jalan penyelesaian.
Kita hanya mampu berdoa dan menangis.

Bila kita sedar yang dunia ini bukan fun fair semata-mata dan ujian Allah itu adalah lumrah.
Kita hanya mampu berdoa dan menangis.

Bila kita sedar akan hakikat yang jarak bukan setakat memisahkan fizikal tapi jarak mendayuskan kudrat.
Kita hanya mampu berdoa dan menangis.

Bila kita hanya mampu mendengar tangisan dan rintihan dan kita tidak lagi mampu berdiri kuat.
Kita akan jatuh dan hanya doa menjadi ikhtiar.

Kita harus sedar. Ujian itu bukan untuk menguji kebijaksanaan akal tapi untuk menilai sejauh mana teguhnya iman kita pada Yang Maha Esa.

Berikan aku kekuatan.

6 comments:

ringo said...

T_T

shafarshahril said...

T_T T_T

tengku_fir21 said...

kita harus tahu wlpun dunia ini smentara tapi kita harus berada jugak di sini

Nuyui said...

you are STRONG, you can do it!! get up, and walk forward...
I'll be behind ur back and support you all the way as a friend, okey? :)

k.A said...

be strong. kita ada doa :)

e. indah said...

kena kuat akal jer, sebab hati ler yg slalu buat kacau ...tp dgn akal >kite berfikir ...

salam new here ...