Monday, April 19, 2010

Apakah persediaan kita?

1) Sabtu lepas, saya hadir ke BBQ party bersama rakan-rakan Malaysia yang lain, saya bawa zip-loc bag sebagai persediaan kalau ada makanan lebih, boleh tapau.

2) Hujung tahun lepas, saya join roadtrip ke Florida dengan kawan-kawan, kami buat persediaan seperti mencari tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan tempat penginapan yang berpatutan.

3) Esok, saya bakal menghadapi 2 peperiksaan, saya berusaha untuk membuat persediaan yang cukup untuk memahami segala konsep yang bakal ditanya dalam peperiksaan tersebut.

4) Pendek kata, kita akan membuat persediaan atau perancangan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan di masa hadapan.

TAPI, kita selalu lupa untuk membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi sesuatu yang PASTI seperti MATI.

--pesanan untuk diri sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal. =)

9 comments:

ikanbilis said...

saya rindu kat Amerika =(

Lelaki Homo said...

Betul tu. Mati tu bila-bila masa je kan. Kelmarin relatives LH passed away..huhuhu

ajid said...

mari bnyk kan amal-amalan.
bantu org cam aku neh. i need a lot of money.haha

tengku_fir21 said...

macam aku ckp dlm entry aku yang lepas tidak semua aspek perlukan persediaan...
tapi kita tetap perlu hadapi nye

shafarshahril said...

persediaan yg dimaksudkan bukanlah kain kapan mahupun keranda.
tapi persediaan untuk kita bertemu Allah. bagaimana sedianya iman kita?

mr.syazwan said...

kenapa selalau kita buat persediaan exam last minit erk???

haiiyoo tension syeh kan..

huhu

pissst esok sampai 2 paper ke???

haiyooo... merana badan... huhu

apa2 pun GUD LUCK...

=D

sy bermula khamis ni... hek3

.o r k e d. said...

sediakan payung sbelum ujn :) gudlark

AkU said...

All the Best ek..
BM baku nih..kewl..~

Afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”