1) Sabtu lepas, saya hadir ke BBQ party bersama rakan-rakan Malaysia yang lain, saya bawa zip-loc bag sebagai persediaan kalau ada makanan lebih, boleh tapau.
2) Hujung tahun lepas, saya join roadtrip ke Florida dengan kawan-kawan, kami buat persediaan seperti mencari tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan tempat penginapan yang berpatutan.
3) Esok, saya bakal menghadapi 2 peperiksaan, saya berusaha untuk membuat persediaan yang cukup untuk memahami segala konsep yang bakal ditanya dalam peperiksaan tersebut.
4) Pendek kata, kita akan membuat persediaan atau perancangan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan di masa hadapan.
TAPI, kita selalu lupa untuk membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi sesuatu yang PASTI seperti MATI.
--pesanan untuk diri sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal. =)